~In the naMe 0f Allah the mOst graciOus the mOst MerficuL~

Bila haTi menghadap Tuhan....baruku sedari ada kelemahan terasa kerdil berbanding yg Esa...terharu terfikir beTapa agungNya Tuhan...

Duhai Sayangku...
Apa gunanya hidup ini tanpa haTi yg hidup...??? HaTi yg hidup adalah haTi yg subur dgn Iman dan Taqwa..haTi tidak pernah letih berzikir dan berselawat..haTi yg sentiasa mengucapkan kata syuKur...haTi yg sentiasa merindukan pertemuan dgn Allah dan RasulNya..
haTi yg sentiasa merindui penciptaNya bukan yg diciptanya..

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam HaTimu dgn rendah haTi dan rasa takut, dan tidak mengeraSkan sUara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lengah"
~Al-A'raf 205~


Sebaik-baik kaya adalah kaYa haTi...sebaik-baik bekal adalah TaqWa...Seburuk-buruk bUta adalah bUta haTi...
Sebesar-besar Dosa adalah berDusTa...Sejelek-jelek Usaha adalah Riba...Seburuk-buruk makanan adalah meMakan harTa aNak yaTim..!!!



Sunday 28 August 2011

.:: Tekad Untuk berjiHad::.




Disini sya ingin melakar sedikit coretan hati yg sudah lame terpendam..mungkin perkara ini dirasakan remeh tapi bagi sya ia amat penting dalam kehidupan seharianku.. Sejarah adalah amat penting dalam setiap pembelajaran ku..jika tiada subjek ini tidaklah ku kenali asalku di mana..itu lah Allah menurunkan Al-Quran yg banyak mengandungi sirah2 yg terdahulu..disini sya ingin berkongsi suatu kisah yg benar yang berlaku di palestin.. kisah ini banyak memberi manfaat kepada sya sebagai seorang mahasiswi di Kolej Terbaik Dunia..(KTD)..
Moga kisah ini memberi manfaat kepada siapa yg membacanya..



Tiga ribu pelajar yang menamatkan pengajian di Universiti Islam Gaza baru-baru ini berikrar akan mencurahkan bakti kepada negara tumpah darah mereka walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan akibat sekatan yang dikenakan di Semenanjung Gaza.
Yazen Al-Mahhon berkata dia bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam JURUSAN SEJARAH kerana yakin rakyat Palestin memerlukan warga yang terpelajar untuk membangunkan negara.
Siswazah ini juga bertekad meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sejarah Palestin.
"Kita perlu pulihara sejarah kita dan menentang percubaan Israel untuk mengubah sejarah sebenar Palestin," kata Yazen selepas majlis konvokesyen bertemakan ’Pembangunan dan Perpaduan’ yang memberi penekanan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan penduduk Palestin.

Sementara itu, Mohammed Abu Ayesh, yang mengalamai kecederaan akibat serangan ganas Israel di Gaza pada 2008-2009, akhirnya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang kejururawatan.
Walaupun tangannya tercedera dalam serangan itu, tetapi berkat ketekunan dan keazaman yang kuat untuk berjaya dalam pelajaran, dia akhirnya mencapai apa yang dicita-citakan.
"Israel mahu menyekat kami; malah pesawat perang mereka memusnahkan makmal universiti kami, tapi kami tetap meneruskan pengajian," katanya.
Mohammed berkata Gaza amat kekurangan doktor dan profesional dalam bidang perubatan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa serangan Israel.
Seorang lagi siswazah, Mahmoud Al-Sarraj, menceritakan tentang cabaran serta kesulitan yang terpaksa dilaluinya ketika menuntut di universiti itu.
Pemuda ini berkata ada kalanya dia terpaksa berjalan untuk menghadiri kuliah kerana kenderaan tidak boleh digunakan akibat ketiadaan bekalan bahan bakar dan pada waktu malam pula, dia hanya bergantung pada cahaya lilin untuk menelaah pelajaran apabila bekalan elektrik sering terputus.
"Saya hadiahkan kejayaan saya ini kepada seluruh rakyat Palestin. Saya menganggapnya sebagai suatu kejayaan kerana antara tujuan pendudukan Israel adalah untuk menjadikan kami manusia yang tidak berpelajaran," katanya.
Ketua pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza Ismail Hanyieh yang menghadiri majlis konvokesyen itu berkata beliau amat mengagumi ketekunan dan kesabaran pelajar terbabit dalam menimba ilmu pengetahuan.
Segala kisah yg diceritakan ini..ambil ia sebagai pedoman dlm hidup..kerana dengan sejarah ini kita x akan melakukan kesilapan yg lalu..seterusnya..sebagai Mahasiswa..jadilah seorang PEMIKIR MUSLIM YG HEBAT.. kerana ia sangat diperlukan..



No comments:

Post a Comment