~In the naMe 0f Allah the mOst graciOus the mOst MerficuL~

Bila haTi menghadap Tuhan....baruku sedari ada kelemahan terasa kerdil berbanding yg Esa...terharu terfikir beTapa agungNya Tuhan...

Duhai Sayangku...
Apa gunanya hidup ini tanpa haTi yg hidup...??? HaTi yg hidup adalah haTi yg subur dgn Iman dan Taqwa..haTi tidak pernah letih berzikir dan berselawat..haTi yg sentiasa mengucapkan kata syuKur...haTi yg sentiasa merindukan pertemuan dgn Allah dan RasulNya..
haTi yg sentiasa merindui penciptaNya bukan yg diciptanya..

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam HaTimu dgn rendah haTi dan rasa takut, dan tidak mengeraSkan sUara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lengah"
~Al-A'raf 205~


Sebaik-baik kaya adalah kaYa haTi...sebaik-baik bekal adalah TaqWa...Seburuk-buruk bUta adalah bUta haTi...
Sebesar-besar Dosa adalah berDusTa...Sejelek-jelek Usaha adalah Riba...Seburuk-buruk makanan adalah meMakan harTa aNak yaTim..!!!



Wednesday 29 June 2011

~SaBar..dan teruS saBar...dUhai..haTi~

Pengalaman nie berlaku pada nOvember 20o9..waKtu nie saya ngah ambil SPM..kisah nie banyak melakarkan seJarah hidup saya sebagai seorang pelajar yg terpaksa m'nanggung kesakitan..tapi x apalah..Allah is always with me..=)..sebab nye..dalam hidup nie tidak sume mudah..adakalanya Allah m'beri kesakitan..keperitan..rasa cam terseksa..rasa cam keseorangan...tapi ingat Allah tidak akan membiarkan hambanya begitu saja..tapi Allah ingin memberi kpd kita sesuatu yg lebih baik..Thanks for Allah..=)..

Dalam jangka masa yg pendek nie...saya telah disyaki DeMam Denggi..
Ketika merasai keSakitan di tubuh saya nie..waktu tu..saya ambil paper Bahasa Melayu..rasa yg kesejukan yg teramat..sakit..cam nak nagis ja..dan tak terdaya..teruSkan ja buat smpai abis masa..(minTa kt Allah mempermudahkan...Alhamdulillah..(tiMe Up) masa pun terus berlalu..dengan pantas..
Hari yg seterusnya..saya terpaksa di pindah di bilik quarintin..dengan di temani seorang sahabat saya...(thaNks fOr my dear...)sebelum m'jwb 2..da beberapa sahabat saya m'beri sedikit sokongan..(InsyaAllah..Allah permudahkan..dalam kesakitan nie izzah..sebenarnye Allah nk bersihkan diri kita dari dOsa2 yg akan menhiJabkan kita dalam m'cari KereDhoaan Allah..) waKtu tu..sya bertambah yakin yg Allah tetap tak akan tinggalkan saya..malah..akan memberi yg lebih baik..
...................selesai nye..paper sejarah..saya terus rehat untuk charge balik energy...eerrmmm..waktu charge energy 2...sahabat saya menncerita mcm2 tentang kesabaran..=)
Tiba-tiba kesakitan 2 datang balik..rasa cm x larat..sahabat saya terus pujuk saya..nak keluar dari bilik quanrintin..tapi saya bet0l2 x larat...tapi x pa..saya paksa diri saya untuk berjalan..dan dipimpin oleh sahabat saya..rinndu nye...saat nie..

Waktu petang 2..saya jatuh tepat2 di depan bilik warden..
Alhamdulillah..ada beberapa sahabat saya ngan junior tu..bantu saya..dan terus merawat saya..
Dalam beberapa jam kemudian umie ngan ayah pun datang..bila umie masuk bilik warden 2 saya terus nagis..nagis yg x terhingga..umie dengan hati keIbunye..memujuk.."da la...Allah sayangkan tirah..."walau perkataan 2 ringkas tapi..terlalu bermakna bg saya...Ssssayangggg Umieee....
Umie pun terus bawa saya jmpa ayah...dan saya cium ayah tanda hormat saya sbg seorang anak..
Waktu malam 2..datang lagi kesakitan 2..saya muntah..dan selurh badan berbintik merah..waKtu gak umie ayah hantar saya kt hopitaL..dalan pukul 4.15 pg...Saya ditahan masuk wad sbb kata doKtor saya di sya'ki denggi.. waktu 2..hati nie..terlalu sedih dan perit..dgn teringat nye..SPM..Umie m'hampiri saya dgn penuh kasih sayang seorg ibu.."Tirah..bersabar la..semua nie..adalah kifarah kita..Allah nak ampuni dosa kita..Allah syg kita"waktu saya betol2 sebak..past2 ayah pn pesan gak.."banyak berdoa.. lagi2 tirah dlm nie..sedang b'jihad..jihad dlm belajar..pasti Allah bantu.."...Ayah umie pn pergi nak menunaikan solat subuh..(Azan subuh seDang berkumandang..)

Saya hanya duduk diatas katiL lepas selesai sOlat subuh..dalam otak fikiran saya terfikir mcm"...adakah aku sempat ka..nak ambil SPM lagi..sempat ka...nak tegok result...errrmmm...Astagfirullah..apa.. nie..mengarutnye..sepatut nye..aku mesti banyak berdoa bukan nye..fikir benda nie..
Dalam...pengalamn yang saya lalui nie...banyak iktibar dan pengajaran yg saya perolehi..dalam pengalaman ni gak...saya benar-benar mengenali erti "uKhwahfillah"...sebab nye..waktu saya sakit still gi ada sahabat di sisi..sahabat sentiasa study dgn saya..tolong ajarkan saya..bantu kemas kan barang saya (rombakan bilik)..
dan macam2 gie...terima kasaih semua nye...mga Allah sentiasa memelihara diriMu..wahai sahibahku..
Selain 2..Umie ngan Ayah adalah sumber Inspirasiku...walau saya duduk berjauhan tapi umi ayah sanggup datang ke perlis untuk melawat anak nye..=)..sEmoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati umie ayah...
Betul kata da sebuah hadith 2..keredhoaan Allah 2...terletak pada keredhoaan ibu bapa..so...hak anak pada ibu bapa nie..adalah..berbakti pada kedua orang tuanye..
Tak lupa pada murabbiku...di MATRI yg selalu bagi sokongan dan dorongan..waktu sakit 2...cikgu nizrana da call nak menaya khabar....da beberapa murabbi lain..yg melawat saya waktu 2..saya da sihat ckit nak ambil paper...salah satu nye..cikgu norezan..Jazakallah..

So..kesImpulanye..=) Bersabarlah kerana Allah dan sepatutnye..kita bersabar sepertimana kesabaran org yg yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat tinggal yang baik, pengharapan pahala yg senang menginkari kejahatan..Sebanyak mana masalah yg kita hadapi, tetaplah bersabar kerana kemenagan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran..jalan keluar datang bersama kesusahan..dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan... 


 

  




 

Belajar bersungguh2 Tapi beLum cemerLang..^_^

Sebenarnye ana nak kongsi serba sedikit la..tentang cerita seorang pelajar yg ingin kan cemerlang dlm pelajaran tapi Allah tidak mengizinkan lagi..dan nie..InsyaAllah akan memberikan manfaat kepada kita..
kisah nie adalah benar..

    Adik yang kakak kasihi kerana Allah..                                                                 ”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (surah Al-Ankabut  :2-3).

   Orang yang beriman akan melihat ujian-ujian daripada Allah sebagai peringatan, kifarah dosa dan sebagai dosa dan sebagai peluang untuk manusia bermuhasabah ke tahap yang lebih baik. Betulkan niat balajar..
Kakak faham adik meletakkan keputusan peperiksaan sebagai kayu ukur kefahaman adik terhadap sesuatu pelajaran. Kalau itu yang adik fikirkan, kakak harap adik luaskan lagi skop penilaian adik.

   Ilmu itu adalah sesuatu yang berterusan daripada mula kita menimbanya dan akan menjadi lebih bermanfaat apabila kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ilmu seharusnya mengukuhkan lagi keyakinan kita kepada Allah.
Apa yang kita mahu tak semestinya baik untuk kita. Kakak kagum dengan kesungguhan adik menanamkan cita-cita untuk lulus cemerlang. Namun kadangkala apa yang kita mahukan bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.
Mungkin kalau adik mendapat keputusan yang cemerlang adik menjadi ujub dan lupa bahawa semua kejayaan itu datangnya daripada Allah. Kerana Allah sayangkan adiklah.. Dia memberikan dugaan sebegini kerana Dia tidak mahu adik hanyut dan melupakanNya. Percayalah, Allah mengaturkan yang terbaik kerana  Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.
    
    Cari  cara belajar yang sesuai dengan adik mungkin cara belajar yang belajar yang adik peraktikkan selama ini kurang sesuai untuk adik. Untuk subjek-subjek kefahaman, adik perlu mempunyai kawan-kawan yang sedia berbincang dengan adik mengenai pelajaran.
Jangan membaca sendirian kalau subjek hafalan, gunakan kaedah-kaedah menghafal. Jangan membaca membuta tuli tanpa mempraktikan sebarang kaedah kerana manusia seperti kita mudah lupa.
Baca kisah nabi Ayub.. renunglah sirah Nabi Ayub yang tidak pernah menyalahkan Allah walaupun di timpa dengan pelbagai musibah besar.

  Insyaalah.. adik akan faham bahawa macam mana susah pun ujian yang kita hadapi, kalau kita sabar, reda dan tidak lupakan Allah, kita akan jadi orang yang paling bahagia dalam dunia yang sementara ini.Destinasi kita bukan dunia sekadar pentas lakonan   manusia ini.

   Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah itu Maha Penyayang. Dia suka melihat hambaNya merayu-rayu kepadaNya. Allah itu tempat bergantung. Semasa berdoa kepada Allah, gunakan ayat yang spesifik seolah-olah Allah itu berada di hhadapan kita. Jangan sombong . Tadah sekali,  Allah tidak tunai, adik  jangan putus asa. Sama ada Allah nak bagi atau tidak,itu hak Allah, hak kita … meminta dan terus meminta.. 

cOmeL kan pIc nie...seorg peLajar ngah berDoa..

Tuesday 28 June 2011

~Duhai Mawar BerdUri~


Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.



"..HaTi hanya ada satu..yg satu itu lah..hanya untuk Sang PencipTa bukan yg di cipta..
Apabila dua haTi mencintai Ilahi maka begabungLah jiWa bersatu haTi..2 jiWa satu haTi..
Dua jasad saTu maTlamat..apabila cinTa krn Allah..berpiSahnya tiada gelisah..
Apabila riNdunya kaUm yg satu...berTemunya pastinya tidak jeMu..
Alangkah indahNya pertemuan itu..Bila bertemu dan berpiSah keraNa Allah.."