~In the naMe 0f Allah the mOst graciOus the mOst MerficuL~

Bila haTi menghadap Tuhan....baruku sedari ada kelemahan terasa kerdil berbanding yg Esa...terharu terfikir beTapa agungNya Tuhan...

Duhai Sayangku...
Apa gunanya hidup ini tanpa haTi yg hidup...??? HaTi yg hidup adalah haTi yg subur dgn Iman dan Taqwa..haTi tidak pernah letih berzikir dan berselawat..haTi yg sentiasa mengucapkan kata syuKur...haTi yg sentiasa merindukan pertemuan dgn Allah dan RasulNya..
haTi yg sentiasa merindui penciptaNya bukan yg diciptanya..

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam HaTimu dgn rendah haTi dan rasa takut, dan tidak mengeraSkan sUara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lengah"
~Al-A'raf 205~


Sebaik-baik kaya adalah kaYa haTi...sebaik-baik bekal adalah TaqWa...Seburuk-buruk bUta adalah bUta haTi...
Sebesar-besar Dosa adalah berDusTa...Sejelek-jelek Usaha adalah Riba...Seburuk-buruk makanan adalah meMakan harTa aNak yaTim..!!!



Friday 2 September 2011

.:: rindu nye saat keManisan bersama ::.

Aku pernah merasai bahagia bersama nye..
Aku pernah merasai kesedihan bersama nye..
Aku pernah merasai kerinduan bersama nye..
Aku pernah disakiti bersama nye..
Aku pernah berkongsi rase bersama nye...
Aku pernah di dilukai bersame nye..
segala..yg dirasai ni..segala2..nye di anugerahi oleh Allah kpd aku dn dia..
ni lah..shbt..susah senang bersame..
aku ingin pergi ke syurga pn bersame nye..=)


Suatu ketika dulu aku..aku pernah bersekolah bersame nye..ditempat Dakwah & Tarbiyah disemai..itu lah MATRI..aku mula berta'aruf krn aku selalu bersamenye.. dia sebilik ngan ku...dan halaqah bersama ku..
matlamat ku dtg ke MATRI krn aku ingin sgt dpt berkenalan dgn shbt yg soleh..memiliki fikrah dn ilmu yg soheh dn boleh menambah baikan lagi seluruh kehidupan ku pd Rabb...Alhmdulillah...kini aku sudah memilikinye..dn matlamatku..same sepertinye..=)
Aku adlh insan yg banyk kekurangan..sehinggan kdng2 aku x sedar yg aku telah melakukan bnyk kesilapn..
dn x terdaya..nk menghurai panjang tentang kekhilafaku..
aku amat perlukn shbt yg soleh untuk mendekatiku..agar ia dpt menyempurnakan serba kekuranganku..
sepanjang hidupku ketika belasan thn..aku mulalai hidup jauh bersama family..umi ayah yg dulu selalu memberi dorongan..tempatku m'cerita luahan hati..tempatku bersandar..semua nye..telah jauh dariku...bukan bermakna jauh x mendekatiku..tapi jauh untuk ku bersemuka dgn family..(perak-perlis)..
Aku ingat dulu..ketika belajar bersama..hati ku x pernah basah dgn kata2 pelembut hati dlm mengaitkan subjek akedemik dgn rantaian fikrah yg di beri oleh murabbi. Segala2 nye..adalah sumber kpd ku dlm medan jihad..!!!


Ketika aku sedih..dn rase tertekan..dalam sesuatu keadaan...dia selalu bersamaku memberi dorongan..
Perkara ini masih terkesan dalam hatiku..sewaktu ku menghadapi kesulitan..aku menagis seorang diri dlm kelas..ketika itu suasana terlalu sunyi...dia menghampiriku..dgn menenagkanku..mungkin aku tidak perlu mejelaskan lagi apa perkara yg berlaku..dn dia selalu g tau..walau macam mane pn Allah tetap syg kan hambanye...itulah perkara yg selalu di sebut2kn..
Masa terlau pantas..berlalu pantas meninggalkan segala kenagan di belakang..step by step kaki ku langkah untuk menempuh ke medan jihad yg lain...tapi medan jihadku bersamanye..sudah berbeza..
aku pergi ke..Kolej Terbaik Dunia(KTD)..dan dia kini ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA)..aku juga mengambil kos yg berbeza dgn dia..aku akaun..dn dia ilmu wahyu..
dan kini ujian ku sgt berbeza dgn dia..Allah mengujinya dgn cara lain..aku cara lain juga...ape2 pun pencarian sumber kekuatan adalah same..iaitu hanya berbalik sahaja pada Rabb..yg akan menanugerahi kekuatan..
Suatu hari...aku mengalami kesulitan yg..yg x dpt ku tempuhi seorg diri..hatiku sesak..jiwa ku meronta..air mata megalir melambangkan..betapa aku perlu mencari kekuatan..kekuatan yg utama adalah..Allah..yg mendengar segala rintiha..dn kekhilafan ni..
Barulah..aku sedari aku perlukan shbt yg soleh dpt berkongsi rase ini..lalu tangan ku megerak kn jari-jemari ni   untuk menekan butang hnset...call..
Alhmdllh..dia mengangkt hnsetnye..dia menaya khabarku..dlm masa yg same aku menceritakn segalanye..pd dia..dn dia membei dorongan dn kekuatan...nilah..medan Dakwah & Tarbiyah..semua orang x akan lari dlm melakukan kesalahn..kita bukan malaikat..kita adlh manusia yg selalu melakukan kesilapn..Keampunan Allah tu terbentang luas..Allah syg kn kita..belajar dlm mengenal erti kesabaran..jgn berlumba2..untuk memiliki result yg cemerlang..tapi berlumba2 lah dlm memperbaiki akhlak dn amalan..=)jazakillah..shbt ku..ini lah kata2 nye..
segala2 nye..tersemat dlm hati..bukan shbt ini sahaja yg akan masuk syurga bersama2 tpi semua shbtku..yg telah megajarku erti kesabaran dan keikhlasan dalam kehidupan..
name nye..masih terpahat dalam hati...
Jika aku lemah dn x berdaya...dampingilah..aku..jika aku berbahagia..ingatilah..aku tentang kesengsaraan shbt yg lain termasuk saudara2 di palestin..agarku..meganali erti syukur..dlm kehidupan..jazakillah pada shbt ku yg lain..aku rase beruntung kerana menganali mu..





Sunday 28 August 2011

.:: Tekad Untuk berjiHad::.




Disini sya ingin melakar sedikit coretan hati yg sudah lame terpendam..mungkin perkara ini dirasakan remeh tapi bagi sya ia amat penting dalam kehidupan seharianku.. Sejarah adalah amat penting dalam setiap pembelajaran ku..jika tiada subjek ini tidaklah ku kenali asalku di mana..itu lah Allah menurunkan Al-Quran yg banyak mengandungi sirah2 yg terdahulu..disini sya ingin berkongsi suatu kisah yg benar yang berlaku di palestin.. kisah ini banyak memberi manfaat kepada sya sebagai seorang mahasiswi di Kolej Terbaik Dunia..(KTD)..
Moga kisah ini memberi manfaat kepada siapa yg membacanya..



Tiga ribu pelajar yang menamatkan pengajian di Universiti Islam Gaza baru-baru ini berikrar akan mencurahkan bakti kepada negara tumpah darah mereka walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan akibat sekatan yang dikenakan di Semenanjung Gaza.
Yazen Al-Mahhon berkata dia bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam JURUSAN SEJARAH kerana yakin rakyat Palestin memerlukan warga yang terpelajar untuk membangunkan negara.
Siswazah ini juga bertekad meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sejarah Palestin.
"Kita perlu pulihara sejarah kita dan menentang percubaan Israel untuk mengubah sejarah sebenar Palestin," kata Yazen selepas majlis konvokesyen bertemakan ’Pembangunan dan Perpaduan’ yang memberi penekanan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan penduduk Palestin.

Sementara itu, Mohammed Abu Ayesh, yang mengalamai kecederaan akibat serangan ganas Israel di Gaza pada 2008-2009, akhirnya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang kejururawatan.
Walaupun tangannya tercedera dalam serangan itu, tetapi berkat ketekunan dan keazaman yang kuat untuk berjaya dalam pelajaran, dia akhirnya mencapai apa yang dicita-citakan.
"Israel mahu menyekat kami; malah pesawat perang mereka memusnahkan makmal universiti kami, tapi kami tetap meneruskan pengajian," katanya.
Mohammed berkata Gaza amat kekurangan doktor dan profesional dalam bidang perubatan untuk membantu mereka yang menjadi mangsa serangan Israel.
Seorang lagi siswazah, Mahmoud Al-Sarraj, menceritakan tentang cabaran serta kesulitan yang terpaksa dilaluinya ketika menuntut di universiti itu.
Pemuda ini berkata ada kalanya dia terpaksa berjalan untuk menghadiri kuliah kerana kenderaan tidak boleh digunakan akibat ketiadaan bekalan bahan bakar dan pada waktu malam pula, dia hanya bergantung pada cahaya lilin untuk menelaah pelajaran apabila bekalan elektrik sering terputus.
"Saya hadiahkan kejayaan saya ini kepada seluruh rakyat Palestin. Saya menganggapnya sebagai suatu kejayaan kerana antara tujuan pendudukan Israel adalah untuk menjadikan kami manusia yang tidak berpelajaran," katanya.
Ketua pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza Ismail Hanyieh yang menghadiri majlis konvokesyen itu berkata beliau amat mengagumi ketekunan dan kesabaran pelajar terbabit dalam menimba ilmu pengetahuan.
Segala kisah yg diceritakan ini..ambil ia sebagai pedoman dlm hidup..kerana dengan sejarah ini kita x akan melakukan kesilapan yg lalu..seterusnya..sebagai Mahasiswa..jadilah seorang PEMIKIR MUSLIM YG HEBAT.. kerana ia sangat diperlukan..



.::kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin::.


Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin. Waktu itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya.


 

Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar perempuan di dalam pakaian .

Dan benar, dibentuklah pasukan khusus untuk melakukan pemeriksaan dan mulai membuat pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan terhadap segala hal yang dilarang masuk di kawasan sekolah seperti hand phone berkamera, foto-foto, gambar-gambar dan surat-surat cinta serta yang lainnya.

Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.

Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya.

Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya yang terjadi ???
 
Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan.

Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangannya memegang erat begnya. 
 
Pandangannya semakin tajam setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam tasnya ???

Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia pun memegang sangat erat begnya. 
 
Seakan dia mengatakan, demi Allah mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.

Tolong buka beg kamu anakku, kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa. Siswi itu tidak mahu membuka begnya. 
 
Dia melihat wanita yang ada di depannya dalam diam sambil mendekap beg ke dadanya. Barikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut. 
 
Namun tiba-tiba dia berteriak keras: tidak … tidak … tidak …
Teriakan itu mengejutkan para pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.

Terjadilah pergelutan sengit: berikan … tidak … berikan … tidak …
 
Apakah rahsia yang dia sembunyikan??? Dan apa yang sebenarnya terjadi???
Maka terjadilah adegan perebutan tangan untuk memperebutkan beg yang masih tetap berada dalam blockade pemiliknya. 
 
Pelajar lain pun terkejut dan semua mata terbelalak. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi.

Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar) tersebut ….
 
Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksa sepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan yang barang kali mengambil masa yang lama …

Pelajar tadi masuk ke bilik sedang air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan penuh benci dan marah. 
 
Bagi mereka akan mengungkap rahsia dirinya di hadapan orang banyak. Ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi. 
 
Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam beg wahai anakku …?

Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya. Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya??? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam tasnya. 
 
Tidak ada benda-benda haram, hand phone berkamera, gambar dan foto-foto atau surat cinta. 
 
Demi Allah, tidak ada apa-apa di dalamnya kecuali sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam begnya.

Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.
 
“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam bungkusnya. 
 
Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sebahagiannya. Sisanya saya bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah. 
 
Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak memiliki siapa-siapa. 
Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”

Tiba-tiba suara tangis meledak ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas perlakukan buruk pada siswi tersebut.
 
Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan di Palestin.

Peristiwa ini juga terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, sebenarnya selama ini kita tidak peduli dengan mereka.Kadang-kadang tu kita banyak membazirkan makanan..sedangkan rakyat palestin kebuluran..
Tapi ingatlah mereka lebih kuat kerana penderitaan dan kesengsaraan mengajar erti kesabaran...





.:: Duhai..hati yg Sakit ::.




1. Hati yang sakit tidak membisikkan kepada tuannya untuk mencapai tujuan hidup iaitu untuk mengenali Allah, mencintaiNya, merindui untuk bertemu denganNya, kembali kepadaNya dan mengutamakanNya dari segala bentuk syahwat (yakni keinginan diri kepada dunia, keseronokan, harta dan wanita). Oleh itu, seorang hamba yang memiliki hati yang sakit, ia lebih mengutamakan kepentingan diri dan syahwatnya dari mentaati Allah dan menyintaiNya. Hidupnya adalah dengan bertuhankan hawa nafsunya sendiri sebagaimana firman Allah;
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Dapatkah engkau menjadi pelindungnya (dari kesesatan)?”. (al-Furqan; 43)
2. Orang yang mempunyai hati yang sakit, antara tandanya ialah ia tidak kisah dengan dosa dan maksiat. Apabila ia melakukan maksiat, ia tidak rasa berdosa, resah atau gelisah kerana melanggar perintah Allah. Berbeza dengan orang yang memiliki hati yang bersih, hatinya akan berasa sakit dan pedih apabila tersilap atau tersengaja melakukan dosa, lalu ia segera kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya. Firman Allah tentang sifat-sifat orang bertakwa;
“(Dan antara tanda orang bertakwa ialah) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali Imran: 135)
3. Orang yang mempunyai hati yang sakit, ia tidak kisah dengan kejahilan dirinya. Ia tidak berasa resah dan gelisah sekalipun menyedari diri jahil tentang kebenaran. Akibatnya, ia tidak berusaha mencari ilmu. Berbeza dengan orang yang memiliki hati yang bersih. Ia tidak senang duduk apabila menyedari diri masih jahil. Ia akan berusaha menuntut ilmu bagi membuang kejahilannya. Berkata ulamak; “Tidak ada maksiat yang dilakukan oleh hamba yang lebih keji dari membiarkan diri dalam kejahilan”. Pernah ditanya kepada Imam Suhail; “Apakah perkara yang lebih buruk dari kejahilan?”. Ia menjawab; “Jahil tentang kejahilan diri sendiri”.
4. Antara tanda orang yang hatinya sakit ialah ia berpaling dari makanan-makanan yang memanfaatkan hatinya, sebaliknya ia cenderung kepada racun-racun yang merosakkan hatinya. Makanan-makanan hati ialah ilmu dan ibadah termasuklah solat, zikrullah, bacaan al-Quran dan sebagainya. Adapun racun bagi hati ialah dosa dan maksiat. Orang yang memiliki hati yang sakit, ia lebih suka mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan dari mendengar ayat-ayat al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Baginya kelazatan melakukan maksiat lebih hebat dari kelazatan taqarrub kepada Allah. Padahal Nabi s.a.w. bersabda; “Akan merasai kelazatan iman sesiapa yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabinya”. (Riwayat Imam Muslim)
5. Orang yang hatinya sakit, ia menjadikan dunia sebagai watannya; ia redha dengan dunia dan berasa tenang dengan kehidupan di dunia, lalu ia tidak mengharapkan akhirat dan tidak melakukan persediaan untuk akhirat. Ia tidak mengambil sikap seperti yang dipesan oleh Nabi s.a.w.; “Hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu orang asing atau seorang pengembara”. (Riwayat Imam al-Bukhari).
Marilah kita same2 memperbaikinya..agar suatu hari natikita akan menghadap sang Pencipta kita dengan hati yg sihat dan bersih... 

.:: Magnet Bulan Ramadhan! Satu Permulaan ::.



Ramadhan Kareem buat semua.. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui. Bila memasuki bulan Rejab dan Sya'aban, ramai yang tidak sabar menanti kehadirannya.
Ya Allah, bulan istimewa yang Engkau anugerahkan buat hamba-Mu. Syukur Ya Allah, Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan bulan yang terselit berjuta-juta keistimewaan dan peluang untuk kita selaku hamba-Nya merebut setiap detik sebaikya.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." [al-Baqarah 2:183]

Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu 10 Ramadhan yang pertama adalah Rahmat (Mercy), 10 Ramadhan yang kedua adalah Keampunan (Forgiveness) dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari Api Neraka (Freedom From Hell).
Fasa 1:10 hari awal bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, tatkala muhasabah, cuba kita amat-amati apakah kita sudah menggunakan peluang sebaiknya? Atau ia berlalu begitu sahaja tanpa kita isi dengan amal soleh, ibadah, kebaikan dan sebagainya.
Fasa 2:10 hari pertengahan bulan Ramadhan sedang kita tempuhi perjalanan, berbaki satu hari lagi sebelum kita memasuki fasa terakhir.
Fasa terakhir 3:10 hari yang terakhir bulan Ramadhan. Kita masih mempunyai peluang untuk kejar dan gapai fadhilat bulan Ramadhan dalam hari-hari yang berbaki ini.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah S.W.T nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." [Rujuk: al-Targhib II:206]

Ayuh! Beruntunglah orang-orang yang sentiasa berusaha dalam menggapai redha Allah! Mahukah kita menjadi salah satunya?



.:: Mengapa Senyum aMat berMakna?? ::.

Ni ada citer sikit pasal SeNyuM..
ni adalah fakta bagi Senyum..

SENYUM adalah perhiasan dunia..
SENYUM adalah bahasa dunia..
yang menunjukkan keceriaan..
membawa maksud bagi umat manusia

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna...

SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM

SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakn anda menyukai seseorang

SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah...

SENYUM adalah jambatan sebuah persahabatan

SENYUM adalah suatu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan

SENYUM harus ada ketulusan

SENYUM yang di buat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut..

Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan mengerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita kita akan mengkedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakkan 40 otot untuk bekerja...BAYANGKANLAH!!!!

kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan..

Bila kita SENYUM kat orang itu semua akan SENYUM balik pada kita...





orang akan merasai akan dihargai apabila kita senyum, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita...Lantas, mengapa kita tidak mulakan??? Mulakan dengan diri kita!!!!

Senyumlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insyAllah dia akan membalas senyuman anda...         ( ^______________ ^)..





Saturday 27 August 2011

.:: ni khaS untuk diriKu..diriMu jua ::.


Aku adalah insan yg lemah..x mampu m'beri kesempurnaan pada org lain..lagi org yg amat ku sayangi..
InsyaAllah video ini memberi sedikit manfaat kepada siapa yg setia dgn blog ini..
Video ini juga mengambarkan serba sedikit tentang penciptaan Hawa..yg mempunyai sedikit perasaan yg halus..