~In the naMe 0f Allah the mOst graciOus the mOst MerficuL~

Bila haTi menghadap Tuhan....baruku sedari ada kelemahan terasa kerdil berbanding yg Esa...terharu terfikir beTapa agungNya Tuhan...

Duhai Sayangku...
Apa gunanya hidup ini tanpa haTi yg hidup...??? HaTi yg hidup adalah haTi yg subur dgn Iman dan Taqwa..haTi tidak pernah letih berzikir dan berselawat..haTi yg sentiasa mengucapkan kata syuKur...haTi yg sentiasa merindukan pertemuan dgn Allah dan RasulNya..
haTi yg sentiasa merindui penciptaNya bukan yg diciptanya..

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam HaTimu dgn rendah haTi dan rasa takut, dan tidak mengeraSkan sUara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lengah"
~Al-A'raf 205~


Sebaik-baik kaya adalah kaYa haTi...sebaik-baik bekal adalah TaqWa...Seburuk-buruk bUta adalah bUta haTi...
Sebesar-besar Dosa adalah berDusTa...Sejelek-jelek Usaha adalah Riba...Seburuk-buruk makanan adalah meMakan harTa aNak yaTim..!!!



Sunday 28 August 2011

.:: Magnet Bulan Ramadhan! Satu Permulaan ::.



Ramadhan Kareem buat semua.. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui. Bila memasuki bulan Rejab dan Sya'aban, ramai yang tidak sabar menanti kehadirannya.
Ya Allah, bulan istimewa yang Engkau anugerahkan buat hamba-Mu. Syukur Ya Allah, Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan bulan yang terselit berjuta-juta keistimewaan dan peluang untuk kita selaku hamba-Nya merebut setiap detik sebaikya.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." [al-Baqarah 2:183]

Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu 10 Ramadhan yang pertama adalah Rahmat (Mercy), 10 Ramadhan yang kedua adalah Keampunan (Forgiveness) dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari Api Neraka (Freedom From Hell).
Fasa 1:10 hari awal bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, tatkala muhasabah, cuba kita amat-amati apakah kita sudah menggunakan peluang sebaiknya? Atau ia berlalu begitu sahaja tanpa kita isi dengan amal soleh, ibadah, kebaikan dan sebagainya.
Fasa 2:10 hari pertengahan bulan Ramadhan sedang kita tempuhi perjalanan, berbaki satu hari lagi sebelum kita memasuki fasa terakhir.
Fasa terakhir 3:10 hari yang terakhir bulan Ramadhan. Kita masih mempunyai peluang untuk kejar dan gapai fadhilat bulan Ramadhan dalam hari-hari yang berbaki ini.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah S.W.T nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." [Rujuk: al-Targhib II:206]

Ayuh! Beruntunglah orang-orang yang sentiasa berusaha dalam menggapai redha Allah! Mahukah kita menjadi salah satunya?



No comments:

Post a Comment