~In the naMe 0f Allah the mOst graciOus the mOst MerficuL~

Bila haTi menghadap Tuhan....baruku sedari ada kelemahan terasa kerdil berbanding yg Esa...terharu terfikir beTapa agungNya Tuhan...

Duhai Sayangku...
Apa gunanya hidup ini tanpa haTi yg hidup...??? HaTi yg hidup adalah haTi yg subur dgn Iman dan Taqwa..haTi tidak pernah letih berzikir dan berselawat..haTi yg sentiasa mengucapkan kata syuKur...haTi yg sentiasa merindukan pertemuan dgn Allah dan RasulNya..
haTi yg sentiasa merindui penciptaNya bukan yg diciptanya..

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam HaTimu dgn rendah haTi dan rasa takut, dan tidak mengeraSkan sUara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lengah"
~Al-A'raf 205~


Sebaik-baik kaya adalah kaYa haTi...sebaik-baik bekal adalah TaqWa...Seburuk-buruk bUta adalah bUta haTi...
Sebesar-besar Dosa adalah berDusTa...Sejelek-jelek Usaha adalah Riba...Seburuk-buruk makanan adalah meMakan harTa aNak yaTim..!!!



Sunday, 28 August 2011

.:: Duhai..hati yg Sakit ::.




1. Hati yang sakit tidak membisikkan kepada tuannya untuk mencapai tujuan hidup iaitu untuk mengenali Allah, mencintaiNya, merindui untuk bertemu denganNya, kembali kepadaNya dan mengutamakanNya dari segala bentuk syahwat (yakni keinginan diri kepada dunia, keseronokan, harta dan wanita). Oleh itu, seorang hamba yang memiliki hati yang sakit, ia lebih mengutamakan kepentingan diri dan syahwatnya dari mentaati Allah dan menyintaiNya. Hidupnya adalah dengan bertuhankan hawa nafsunya sendiri sebagaimana firman Allah;
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Dapatkah engkau menjadi pelindungnya (dari kesesatan)?”. (al-Furqan; 43)
2. Orang yang mempunyai hati yang sakit, antara tandanya ialah ia tidak kisah dengan dosa dan maksiat. Apabila ia melakukan maksiat, ia tidak rasa berdosa, resah atau gelisah kerana melanggar perintah Allah. Berbeza dengan orang yang memiliki hati yang bersih, hatinya akan berasa sakit dan pedih apabila tersilap atau tersengaja melakukan dosa, lalu ia segera kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya. Firman Allah tentang sifat-sifat orang bertakwa;
“(Dan antara tanda orang bertakwa ialah) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali Imran: 135)
3. Orang yang mempunyai hati yang sakit, ia tidak kisah dengan kejahilan dirinya. Ia tidak berasa resah dan gelisah sekalipun menyedari diri jahil tentang kebenaran. Akibatnya, ia tidak berusaha mencari ilmu. Berbeza dengan orang yang memiliki hati yang bersih. Ia tidak senang duduk apabila menyedari diri masih jahil. Ia akan berusaha menuntut ilmu bagi membuang kejahilannya. Berkata ulamak; “Tidak ada maksiat yang dilakukan oleh hamba yang lebih keji dari membiarkan diri dalam kejahilan”. Pernah ditanya kepada Imam Suhail; “Apakah perkara yang lebih buruk dari kejahilan?”. Ia menjawab; “Jahil tentang kejahilan diri sendiri”.
4. Antara tanda orang yang hatinya sakit ialah ia berpaling dari makanan-makanan yang memanfaatkan hatinya, sebaliknya ia cenderung kepada racun-racun yang merosakkan hatinya. Makanan-makanan hati ialah ilmu dan ibadah termasuklah solat, zikrullah, bacaan al-Quran dan sebagainya. Adapun racun bagi hati ialah dosa dan maksiat. Orang yang memiliki hati yang sakit, ia lebih suka mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan dari mendengar ayat-ayat al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Baginya kelazatan melakukan maksiat lebih hebat dari kelazatan taqarrub kepada Allah. Padahal Nabi s.a.w. bersabda; “Akan merasai kelazatan iman sesiapa yang redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabinya”. (Riwayat Imam Muslim)
5. Orang yang hatinya sakit, ia menjadikan dunia sebagai watannya; ia redha dengan dunia dan berasa tenang dengan kehidupan di dunia, lalu ia tidak mengharapkan akhirat dan tidak melakukan persediaan untuk akhirat. Ia tidak mengambil sikap seperti yang dipesan oleh Nabi s.a.w.; “Hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu orang asing atau seorang pengembara”. (Riwayat Imam al-Bukhari).
Marilah kita same2 memperbaikinya..agar suatu hari natikita akan menghadap sang Pencipta kita dengan hati yg sihat dan bersih... 

.:: Magnet Bulan Ramadhan! Satu Permulaan ::.



Ramadhan Kareem buat semua.. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui. Bila memasuki bulan Rejab dan Sya'aban, ramai yang tidak sabar menanti kehadirannya.
Ya Allah, bulan istimewa yang Engkau anugerahkan buat hamba-Mu. Syukur Ya Allah, Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan bulan yang terselit berjuta-juta keistimewaan dan peluang untuk kita selaku hamba-Nya merebut setiap detik sebaikya.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." [al-Baqarah 2:183]

Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu 10 Ramadhan yang pertama adalah Rahmat (Mercy), 10 Ramadhan yang kedua adalah Keampunan (Forgiveness) dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari Api Neraka (Freedom From Hell).
Fasa 1:10 hari awal bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, tatkala muhasabah, cuba kita amat-amati apakah kita sudah menggunakan peluang sebaiknya? Atau ia berlalu begitu sahaja tanpa kita isi dengan amal soleh, ibadah, kebaikan dan sebagainya.
Fasa 2:10 hari pertengahan bulan Ramadhan sedang kita tempuhi perjalanan, berbaki satu hari lagi sebelum kita memasuki fasa terakhir.
Fasa terakhir 3:10 hari yang terakhir bulan Ramadhan. Kita masih mempunyai peluang untuk kejar dan gapai fadhilat bulan Ramadhan dalam hari-hari yang berbaki ini.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah S.W.T nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." [Rujuk: al-Targhib II:206]

Ayuh! Beruntunglah orang-orang yang sentiasa berusaha dalam menggapai redha Allah! Mahukah kita menjadi salah satunya?



.:: Mengapa Senyum aMat berMakna?? ::.

Ni ada citer sikit pasal SeNyuM..
ni adalah fakta bagi Senyum..

SENYUM adalah perhiasan dunia..
SENYUM adalah bahasa dunia..
yang menunjukkan keceriaan..
membawa maksud bagi umat manusia

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna...

SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM

SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakn anda menyukai seseorang

SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah...

SENYUM adalah jambatan sebuah persahabatan

SENYUM adalah suatu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan

SENYUM harus ada ketulusan

SENYUM yang di buat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut..

Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan mengerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita kita akan mengkedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakkan 40 otot untuk bekerja...BAYANGKANLAH!!!!

kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan..

Bila kita SENYUM kat orang itu semua akan SENYUM balik pada kita...





orang akan merasai akan dihargai apabila kita senyum, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita...Lantas, mengapa kita tidak mulakan??? Mulakan dengan diri kita!!!!

Senyumlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insyAllah dia akan membalas senyuman anda...         ( ^______________ ^)..





Saturday, 27 August 2011

.:: ni khaS untuk diriKu..diriMu jua ::.


Aku adalah insan yg lemah..x mampu m'beri kesempurnaan pada org lain..lagi org yg amat ku sayangi..
InsyaAllah video ini memberi sedikit manfaat kepada siapa yg setia dgn blog ini..
Video ini juga mengambarkan serba sedikit tentang penciptaan Hawa..yg mempunyai sedikit perasaan yg halus..

.:: RindunYe..nak jumpe atuk ::.

Entah angin ape yg menusuk di fikiranku nie..rase rindu pula nak jumpa atuk.. 
Alhamdulillah..rase betul2 da pengalaman menjaga atuk..sebenarnye atuk dah lame tinggal same family sya..
Dengan penuh keikhlasan dan kesabaran ni gak sume nye Allah yang beri kekuatan..ermm...sbb pa sya kaitkan keikhlasan dan kesabaran yek???? krn menjaga orang tua ni sangat berbeza dari menjaga budak kecil.Orang tua yang bergelar warga emas nie..mempunyai hati yg sangat sensitif iaitu sangat mudah nak berkecil hati..dlm kate lain gak umpama nk menjaga kaca yg mudah pecah...

Sya ingat gie da suatu hadith yg mengatakan jika kita menjaga orang tua di rumah..InsyAllah rumah tu..Allah limpahkan  penuh dengan keberkatan..Di sinilah bermula Allah nak menguji kesabaran dan keikhlasan family sya.. Sya syukur sangat...sbb Allah anugerahkan umi ngan ayah yang mempunyai hati yg begitu nurani...ayah x kesah kalau atuk(sebelah umi) duk lame2 kat umah ni..sbb ayah selalu pesan jika kita menjaga orang tua dengan baik pasti Allah akan memberi keberkatan dan kebaikan yang sangat besar kepada kita..
Umi pula x pernah merugut..malah umi sentiasa usaha untuk memberi yang terbaik kat atuk.. Kadang2 tu da gak sya rase cam x selese ckit bile atuk banyak sgt kerenah nye..tpi umi selalu beri nasihat tau dorongan kt sya dgn sirah2 dulu..sume nye mengajar sya betul2 erti kesabaran....I LoVe my family...

Tapi rase betul2 beruntung bile jage atuk..sbb atuk bnyak citernye...atuk suke citer tentang pengalaman dia waktu muda2..atuk dulunye pernah hidup zaman jepun..atuk kate zaman 2 zaman yg paling pahit dalam hidup..atuk gak selalu citer pasal pngalamn dia berkerja..ermmm...mcm2 gie la..
Tapi da satu perkara yg x pernah lekang di bibir atuk..iaitu..belajar sungguh2..jgn banyak main..ingat masa depan 2 cerah..errm..ni yang di katakan..semangat orang muda adanya hikmah orang tua..
sekarang nie..atuk da balik johor..jauh sangat..kalau nk berhubung pun susah ckit..sbb atuk x da handset hehehehe...so kalu nak call pun mesty call mak sedara dulu...

Apa2 pun sume nye menjadi kenangan yg paling indah..x kira walau susah cm na pun..penat lelah ke..ingat Allah da lame kira usaha hambanye..untuk menjadi yg lebih baik...Jazakillah atuk..dgn kehadiran atuk nie..dapat memperbaiki lagi kesabaran dan keikhlasan dalam diriku...~^__^~


ni sya,adik ngan atuk ....ridunye...

tatata...tuk..tirah nak gie dah..

nie bawak tuk jln2 kt kmpng d johor..

Friday, 1 July 2011

~..SubhanAllah ada Sungai dlm Laut.~

Subhanallah..subhanallah..itulah satu2nye..kalimah yg terlalu AngungNya yg perlu di lafaz di bibir..=)
seBenarnye nk kongsi sedikit suatu kisah yg menakjubkan..nie...walau ramai yg da tahu..tapi apa salahnye kalau kita nak mengImbau kembali kisah nie..kan..ermm..InsyaAllah kisah nie..akan memantap kan lagi keImanan kita kepada Allah..dan sambil 2 gak kita da jelajah sedikit iLmu Allah..=)..

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

orang nye...2...kecik je..

nie...bawah dasar..

nie...la..sungainye...subhanallah..

subhanallah..cantik nye..^_^



~..NeVer aLoNe..~

" ToK!!tok!!tOk...assalamualaikum...Alhmdulillah..rase seronok nye bile da wat blog nie..x la rase sunyi sgt asyid duk depan buku...yg x da warna..da la..x da design yg meriah..huhuhhuuu...=)..errrmm..x pa la..apa2 pun yg kita baca....yg kita kaji....yg kita selidik...semua nye...iLmu Allah kan..Subhanallah..Errrmmm..kat sini ana nak kongsi satu lirik nasyid nie...ana memang suke ~^_^~..sebab lirik nie..ada seorang sahibah yg special buat ana..yg hadiah kat ana sebagai tanda persahabatan..m0ga lirik nie..memberi manfaat pada pembaca seTia bLog ana..=)

~NeVer aLoNe~

SomeTimes when the world's nOt on your side
yOu don't know where t0 run t0
yOu don't know where t0 hide
yOu gaze at the stars in the sky
At the mountian so high 
Through the tears in your eyes
Looking for reason to replace what is gone
Just remember, remember that yOu are never alone
yOu are never alone
Just reach into yOur heart and Allah is always there
yOu are never alone
ThroUgh sorrow and throUgh grief
Through happiness and peace
yOu are never alone
So nOw, as you Long for your past
prepare fOr futUre
But knoWing nothing gonna Last
yOu see..this life is but a road
A sTraight and narrow past..to our fiNal abode
sO travel well o Muslim
And paradise wiLL be your hOme
And aLways remember that y0u are never alone..