~In the naMe 0f Allah the mOst graciOus the mOst MerficuL~

Bila haTi menghadap Tuhan....baruku sedari ada kelemahan terasa kerdil berbanding yg Esa...terharu terfikir beTapa agungNya Tuhan...

Duhai Sayangku...
Apa gunanya hidup ini tanpa haTi yg hidup...??? HaTi yg hidup adalah haTi yg subur dgn Iman dan Taqwa..haTi tidak pernah letih berzikir dan berselawat..haTi yg sentiasa mengucapkan kata syuKur...haTi yg sentiasa merindukan pertemuan dgn Allah dan RasulNya..
haTi yg sentiasa merindui penciptaNya bukan yg diciptanya..

"Dan ingatlah Tuhanmu dalam HaTimu dgn rendah haTi dan rasa takut, dan tidak mengeraSkan sUara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lengah"
~Al-A'raf 205~


Sebaik-baik kaya adalah kaYa haTi...sebaik-baik bekal adalah TaqWa...Seburuk-buruk bUta adalah bUta haTi...
Sebesar-besar Dosa adalah berDusTa...Sejelek-jelek Usaha adalah Riba...Seburuk-buruk makanan adalah meMakan harTa aNak yaTim..!!!



Wednesday, 29 June 2011

Belajar bersungguh2 Tapi beLum cemerLang..^_^

Sebenarnye ana nak kongsi serba sedikit la..tentang cerita seorang pelajar yg ingin kan cemerlang dlm pelajaran tapi Allah tidak mengizinkan lagi..dan nie..InsyaAllah akan memberikan manfaat kepada kita..
kisah nie adalah benar..

    Adik yang kakak kasihi kerana Allah..                                                                 ”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (surah Al-Ankabut  :2-3).

   Orang yang beriman akan melihat ujian-ujian daripada Allah sebagai peringatan, kifarah dosa dan sebagai dosa dan sebagai peluang untuk manusia bermuhasabah ke tahap yang lebih baik. Betulkan niat balajar..
Kakak faham adik meletakkan keputusan peperiksaan sebagai kayu ukur kefahaman adik terhadap sesuatu pelajaran. Kalau itu yang adik fikirkan, kakak harap adik luaskan lagi skop penilaian adik.

   Ilmu itu adalah sesuatu yang berterusan daripada mula kita menimbanya dan akan menjadi lebih bermanfaat apabila kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ilmu seharusnya mengukuhkan lagi keyakinan kita kepada Allah.
Apa yang kita mahu tak semestinya baik untuk kita. Kakak kagum dengan kesungguhan adik menanamkan cita-cita untuk lulus cemerlang. Namun kadangkala apa yang kita mahukan bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.
Mungkin kalau adik mendapat keputusan yang cemerlang adik menjadi ujub dan lupa bahawa semua kejayaan itu datangnya daripada Allah. Kerana Allah sayangkan adiklah.. Dia memberikan dugaan sebegini kerana Dia tidak mahu adik hanyut dan melupakanNya. Percayalah, Allah mengaturkan yang terbaik kerana  Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.
    
    Cari  cara belajar yang sesuai dengan adik mungkin cara belajar yang belajar yang adik peraktikkan selama ini kurang sesuai untuk adik. Untuk subjek-subjek kefahaman, adik perlu mempunyai kawan-kawan yang sedia berbincang dengan adik mengenai pelajaran.
Jangan membaca sendirian kalau subjek hafalan, gunakan kaedah-kaedah menghafal. Jangan membaca membuta tuli tanpa mempraktikan sebarang kaedah kerana manusia seperti kita mudah lupa.
Baca kisah nabi Ayub.. renunglah sirah Nabi Ayub yang tidak pernah menyalahkan Allah walaupun di timpa dengan pelbagai musibah besar.

  Insyaalah.. adik akan faham bahawa macam mana susah pun ujian yang kita hadapi, kalau kita sabar, reda dan tidak lupakan Allah, kita akan jadi orang yang paling bahagia dalam dunia yang sementara ini.Destinasi kita bukan dunia sekadar pentas lakonan   manusia ini.

   Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah itu Maha Penyayang. Dia suka melihat hambaNya merayu-rayu kepadaNya. Allah itu tempat bergantung. Semasa berdoa kepada Allah, gunakan ayat yang spesifik seolah-olah Allah itu berada di hhadapan kita. Jangan sombong . Tadah sekali,  Allah tidak tunai, adik  jangan putus asa. Sama ada Allah nak bagi atau tidak,itu hak Allah, hak kita … meminta dan terus meminta.. 

cOmeL kan pIc nie...seorg peLajar ngah berDoa..

No comments:

Post a Comment